Assalamualaikum sume! kerinduan sgt rsenye nk berblog...
hurm...tanpa kita sedar..ujian yang datang sebenarnya menguji cinta kita kepadaNya.. ujian yang datang silih berganti kadang2 membuat kita terduduk hiba.. namun apabila diteliti dengan baik.. pasti ada hikmah yang terkandung di sebalik ujian...
sabar antara yang ingin diuji.. sabarkah hati ini? sabarkah menghadapi ujian yang didatangkan kepada kita??.. terkadang kita leka, ujian yang datang tetap menembusi sabar dalam diri..apabila sifat sabar dalam diri runtuh, kita tidak lari dari mengeluh dengan ujian yang datang.. benar.. terkadang kita terleka..
teringat satu firman Allah s.w.t berkenaan sifat sabar nih...
"orang2 yg bersabar itu ialah mereka yg apabila ditimpa dengan ujian maka mereka akan berkata,'ssgguhnya kita milik Allah dan kepada Allahlah kita akan dikembalikan'.mereka ini beroleh Rahmat dan Kebaikan dr Allah serta mereka itulah org2 yg mndapat petunjuk".(Al-Baqarah 1:156-157)
berfikir sejenak dan daku merenung kembali dalam diri..kita perlu berbalik pada diri.. mencari kekurangan utk dijadikan sebagai kekuatan menghadapi ujian dari ilahi.. terkadang kita kalah kerana datangnya ujian itu berterusan namun apakah kita mencari apakah hikmah yang disampaikan kepada kita melalui ujianNya..
bahagia yang datang selepas ujian datang adalah kurnian yang Esa.. cari dan teliti.. bertapa kita perlu menghargai cinta Allah, rasul, ibubapa dan orang sekeliling.. cinta yang Allah kurniakan adalah kekuatan diri untuk kita hadapi dugaan mendtg.. tp.. berbalik lah pada yang Esa.. kerana Dialah pencipta CINTA... tanpa sang Pencipta.. tiadalah cinta di hati..
engatlah! ujian Allah itu.. tanda Allah syg!...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment