JellyPages.com

Saturday 16 June 2012

Ainatul...akhirnya..


Setahun berlalu..

Hafiz menjadi seorang yang matang dan kuat dalam menghadapi dugaan hidupnya. Kini dia selese bersendirian tanpa teman. Siapa yang kata bahawa hafiz tidak sepi? Dirinya cukup terase dengan kesepian untuk berteman tetapi kerana telah lama mencari hafiz pasrah dengan ketentuanNya.

“pasti ada yang ditetapkan olehNya untukku”getus hatinya. Tatkala dirinya terasa gelisah ketika tiba di majlis pernikahan sahabatnya itu. Gelisah kerana hatinya rasa seperti ada seseorang yang menanti dirinya.”ahh! kenapa dilayan gelisah yang tidak tentu ini?”gerutu hatinya.

“adakah dia telah kembali? Ahhh!!” hatinya terus gelisah tidak tentu

setahun yang lalu..

di lapangan terbang.. Ainatul rase berat untuk meninggalkan keluarga dan sahabat handainya. Tidak lupe kepada anak-anak kecil di rumah itu. Masih terbayang-bayang di fikiran Ainatul akan kemanjaan anak-anak itu dengannya.

Antara insan yang dia tidak lupakan adalah hafiz. Insan yang bertakta di hatinya sekarang. Mereka bakal mendirikan rumah tangga namun bukan sekarang kerana Ainatul telah mengambil keputusan untuk  menyambung pelajaran di luar Negara selama dua tahun. Setelah diselidik, pengajian dapat disingkatkan kepada setahun setengah sekiranya keputusan peperiksaan membanggakan.

Muhammad Al-hafiz membuat sedikit kejutan kepada tunangnya selepas memberitahu kepada ainatul ketidakdapat hadirannya di lapangan terbang. Kehadirannya ke lapangan terbang sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesedihan di hati Ainatul. Sebenarnya perkahwinan mereka bakal berlangsung beberapa bulan lagi,tetapi Ainatul mengambil keputusan untuk menangguhkan lagi. Ainatul masih memerlukan masa untuk memantapkan dirinya dalam persedian menuju alam perkahwinan. Disebabkan itulah Ainatul mengambil keputusan ke Ardu kinanah untuk menguatkan dirinya.

Melihat  Ainatul bergambar dan berpelukan bersama sahabatnya hati Hafiz terasa sayu kerana tidak dapat berjauhan dan takut akan kehilangan tunangannya itu setelah pernah melalui pengalaman itu setahun yang lalu. 

Sebenarnya hafiz sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami,tetapi hafiz harus menghormati keputusan Ainatul dalam keinginannya untuk menuntut ilmu di bumi mesir itu.

Tut..tut..(bunyi mesej diterima)

Hafiz- “setialah kepada yang mencintaimu”
Kemas Ainatul menyimpan kata-kata itu di lubuk hatinya. Dia bakal memengang kemas status  yang ada pada dirinya. Namun, Ainatul tidak lupa memberikan kata-kata kepada hafiz sebelum keberangkatan dia kesana.

Ainatul- “seandainya jodoh milik kita,kita pasti bertemu. Andai bukan milik kita,terimalah ia. Andai semasa keberangkatanku kesana dirimu ketemu insan yang sesuai untukmu. Lepaskanlahku dengan baik,dan daku bakal menerimanya dengan baik..Insyaallah,…”

Sedikit sebanyak kata-kata itu menguris hati Hafiz,namun ada benarnya mengapa perlu Ainatul lafazkannya . Apapun dia tidak akan lupa pada stastus dirinya kepada Ainatul. Dia akan terus setia menanti Ainatul pulang dari menyambung pelajarannya.

Melihat Ainatul melangkah meninggalkan bumi tanah air, hatinya sedih. Tidak tahu mengapa difikirkan bukan-bukan. Dia takut untuk kehilangan lagi. Cukuplah apa yang pernah terjadi pada dirinya suatu ketika dulu.
**********************************************************************************
Sekian lama menanti tanpa kata ,tanpa khabar berita, hatinya terasa sangat gementar. Gementar bagai penantiannya bakal berakhir.

Hafiz terus mencari bayangan insan itu setelah terasa kelibat insan itu melintas di situ.

“ya Allah, adakah benar dia sudah pulang? Ya Allah, jangan digelisahkan hati ini Ya Allah..” hatinya terus berd0a dan berbicara

Hafiz beristigfar panjang setelah dia mendapati dirinya sangat gelisah. Dia duduk diatas kerusi memerhati gelagat manusia yang sibuk berbicara,menanya khabar berita,dan sebagainya.

“sungguh ramai orang yang datang kenduri ni…”getus hatinya.

Dalam dia melihat gelagat manusia,dia tertangkap gaya pada seorang gadis yang dia rasa dia amat mengenali gadis itu. Tetapi wajahnya tidak dapat dilihat kerana terlindung di sebalik purdah yang terkatup kemas itu.

“ya Allah…diakah itu??”hatinya terus diselubungi perasaan ingin tahunya.

Tanpa dia melengahkan masanya,dia terus mencari sahabatnya. Mungkin dia kenal pada gadis yang berpurdah itu.

“Iqram!” suaranya sedikit meninggi

“ya. Kenapa ??” jawab sahabatnya itu

“aku nak Tanya sikit…”

“laaa.. Tanya la… kau ni..”

“kau kenal  tak perempuan yang berpurdah tu??” sambil menunjukkan pada gadis itu

“0owhh.. dia tuh? Kawan zaujah aku la. Dia baru balik dari mesir. Haaa! Berkenan ea?”

“ehh.. tak la.. rase macam kenal. Kau tahu taka pa nama dia??”

“tak tau la..nanti jap aku Tanya zaujah aku ea??”

Menanti  jawapan dari iqram yang baru sahaja berlalu bagaikan bertahun lamanya.

Hatinya kuat terasa bahawa perempuan itu ialah Ainatul.

Pakkk!!(sedikit tamparan di belakang)

“ehh! Sakit r..”

“abih tuh dari tadi aku panggil nama kau, kau tak dengar..malu aku orang tengok…”

“hihi…sori r..”

“termenung jauh sangat!”

“hah!siapa dia??”

“0owwhh…tak sabar ye..”usik sahabatnya..dia tahu apa yang dia katakan pada sahabatnya itu bakal 
mengejutkannya.

“Ainatul…….namanya…”

“ya Allah..” Hafiz terduduk.. akhirnya dia tahu kenapa hatinya tadi gelisah tak tentu. Dia terus berpaling dan mencari dimanakah insan yang dia nantikan itu?

“hey! Hafiz… dia dah balik dari tadi..”sahabatnya tahu apa yang hafiz sedang fikirkan. Dia dah lama menantikan kepulangan Ainatul..

Di rumah, lama hafiz bersujud memohon petunjuk dan kekuatan. Lama dia terfikir. Kenapa Ainatul pulang tanpa memberitahu sedikit pun padanya.

“pasti dia ada sebab yang tersendiri..”

“abi….umi… ada perkara yang fiz ingin cakapkan..”

“ye sayang…apa dia??” abi dan uminya dapat mengangak apa yang bakal dibicarakan

“Ainatul dah balik…”perlahan suaranya…

“ye….kami dah tahu..”abinya memulakan bicara

“kenapa tak beritahu pada hafiz??” hatinya sedikit sedih dengan apa yang diungkapkan abinya

“sebenarnya itu permintaan Ainatul.. kami hormatinya..”

“tapi….tak kan Ainatul balik tak da seorang pun yang nak beritahu pada fiz??” kecewa memenuhi hatinya. 
Dia terfikir, adakah dia insan yang tidak penting dalam hidup mereka? Macam-macam yang bermain dalam benak fikirannya.

“fiz…kami pasti Ainatul pasti ada sebabnya yang sendiri kenapa tidak mahu beritahu berita kepulangannya..”uminya berbicara setelah melihat kekecewaan terpampang di muka anak kesayangannya itu

Sepi…….

“aku terima nikahnya Ainatul Najihah Bt M0hd TAqiuddin dengan Mas khawin…………………………………………………….”

“sah??” Tanya t0k kadi pada saksi

“sah3..”

Alhamdulillah…d0a di amin tanda kesyukuran pada ilahi…

Senyum dari jauh buat insan tersayang. Sambil melemparkan senyuman kepada isterinya itu.

“Akhirnya,dia menjadi milikku..”getus hati hafiz..

“sayang….b0leh abang Tanya sesuatu??”

“boleh..apa abang?” tertembung mata di antara suaminya dan tertunduk matanya..kerana apa? Masih malu rupenya.

“kenapa sayang tak beritahu abang yang sayang dah lama balik Malaysia??”

“emmm…sebab nak buat surprice la untuk abg…”jawabnya manja.

“alaaa…sayang…serius laa…”ditarik hidung isterinya..

“emm…sebab apa erk? Entah…sebenarnya sayang malu nak berdepan dengan abang setelah sekian lama 
kita tidak ketemu…”

“malu?? Sayang tahu tak? Abang dah lama tunggu sayang tau…sedih sangat bila abang dapat tahu yang 
sayang dah lama balik tapi tak beritahu abang…”

“maaf la…sayang malu…sebab sayang takut ilmu yang sayang tuntut masih belum cukup untuk jadikan 
sayang seorang isteri yang solehah buat abang…”

“maafkan sayang abang….”

“ishhh….tuh ker sebab dia??0loh2…sweetnye isteri abang ni..”dicubit pula pipi isterinya..

“abang…sayang nak jadi isteri abang sampai syurga tau..”

“iya…abang akan terus d0akan cinta kita akan sampai syurga…”

“amin2….”

“sayang3…”

“ye…….”

Angin malam menghembus selembut bayu…dalam diam bahasenya…memuji Allah…dan dua insan ini terus bersatu di bawah cinta Ilahi…sekian

Friday 1 June 2012

Ainatul...Engkaukh j0dohku??

“Ya Allah,  sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba tiada yang berhak aku pertikai atas segala takdirmu. UjianMu keatas ku terasa berat yaAllah. Aku tidak lupa bahawa Engkau tidak akan membebaniku jika ujian itu tidak mampu aku pikul. Ya Allah.. kuatkan hatiku ya Allah..” begitulah tangisan seorang insan di malam hari. Mengadu dan merintih kepada kekasih hatinya mampu untuk mengurangkan resah di qalbunya.
 Lahirnya insan ini benar-benar menjadi pengubat kesunyian dua insan yang telah lama mendirikan rumah tangga. Ustaz Tarmizi dan Puan Radhiatul telah lama mendirikan rumah tangga tetapi mereka sentiasa di uji oleh Allah. Pasangan manakah yang tidak mahu kehadiran cahaya mata di dalam hidup?  Mereka tetap sedar bahawa setiap ujian buat mereka adalah tanda sayangnya Allah pada mereka.


Di dalam dewan bedah, doktor sedang menyelamatkan kedua insan ini. Mereka berusaha sedaya mungkin kerana ibu kepada anak yang dikandung itu mengalami pendarahan yang amat teruk.Pintu rumah diketuk, tetapi tiada yang menjawabnya. Rasa di dada seperti ada yang tidak kena.  Ustaz Tarmizi teringat bahawa kunci pendua pintu rumahnya berada di dalam kereta. Berlari menuju keretanya dan mengambil kunci terus membuka pintu rumahnya. Menjerit memanggil isterinya. Berlari mencari di dapur, di bilik tetap tiada yang menjawab. “Ya 


Allah di manakah isteriku?”Satu lagi tempat yang belum diperiksa “tandas!”. Pintu tandas dikunci dari dalam tanda ada orang didalam tandas. “radhia, ni abang sayang. Buka pintu ni..” ..“abang… sakit..” Puan 


Radhiatul cuba sedaya upaya untuk bangun selepas terjelepuk di dalam tandas. Dikuatkan hatinya selepas melihat banyak darah yang mengalir. “Ya Allah, kuatkan hatiku untuk menerima segala takdirmu”“pak!” kunci bilik air dibuka. Ditolak pintu bilik air perlahan-lahan. Sayu hatinya melihat isteri yang sedang terbaring di atas lantai. Dikuatkan semangat mengangkat isterinya untuk dibawa ke hospital.Ketika pakar bedah berusaha menyelamatkan isteri dan anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Tarmizi menguatkan semangat untuk menerima segala takdir tuhan walaupun berat terasa bagai kehilangan nyawa sendiri.


Keluar doktor dari dewan bedah membawa sesuatu yang patut Tarmizi putuskan.“tuan, suami kepada puan Radhiatul?”“ye saya”“ tuan, isteri tuan kehilangan banyak darah. Dia perlu diselamatkan segera tapi??”“tapi apa doktor?” hatinya berdebar menerima ucapan  yang bakal doctor itu pantulkan.“ kami tidak dapat memberi jaminan bahawa kami dapat selamatkan anak tuan”Tersentap hatinya. Namun, dia tetap akan pasrah menerima segala ketentuan tuhanNya.“ tuan jangan bimbang kami akan berusaha menyelamatkan anak tuan. Banyakkan berdoa dan berserah kepadaNya” doktor berlalu membawa beribu harapan seorang insan yang bernama suami sekaligus bakal bergelar bapa.


Dua puluh empat tahun yang berlalu. Cerita ini masih kuat tersemat di hatinya. Ustaz Tarmizi bersyukur pada Allah atas segala kurniaanNya. Allah tahu apa yang tidak manusia tahu.. kerana Allah maha mengetahui!Ditakdirkan tuhan dua puluh empat tahun yang lalu. Isteri Tarmizi dapat diselamatkan dan Allah itu maha hebat. Keajaiban berlaku dalam sekelip mata. Selepas anak ustaz Tarmizi dilahirkan lima saat selepas itu. Tidak lagi wujud dengutan jantung. Sepi dari tangisan. Bayi itu terus diambil ustaz dan dipeluknya.“sayang, jangan tinggalkan abi dan umi”.. ditepuk belakang bayi dengan menyebut “Allahuakhbar” dengan tekad yang kuat bahawa Allah maha Besar.Tangisan bayi menjadi saksi bahawa. Cinta Allah maha besar untuk hambaNya. Alhamdulillah , bayi itu Berjaya diselamatkan. Bayi itu menjadi tanda rahmat dari tuhan. Itulah dia insan yang bernama Muhammad al-hafiz. Insan istimewa yang sentiasa menjadi bualan sahabat-sahabat tentang sifat rendah dirinya, ilmunya, kepetahan dalam berpidato, seorang hebat dalam ibadat malamnya.


Hafiz tidak akan lupa akan pesanan abi dan uminya supaya mendahului Allah dalam semua perkara.Kini usianya mencecah dua puluh empat tahun. Pengajiannya dalam bidang syariah baru sahaja dia tamatkan. Hafiz kini telah bergelar guru di tempat belajarnya dahulu.“hafiz, umi dan abi ada perkara yang nak bincangkan dengan fiz..” bicara yang umi keluarkan ketika makan malam bersama.“yela umi, lepas makan ni kita bincang ye. Takut pulak fiz. Macam perkara yang besar je..” sambil memasukkan ulam-ulam itu ke dalam mulut hafiz melemparkan kata-katanya..


“ha.. abi.. fiz.. minum lah air yang umi buat ni..”ujar uminya.“hafiz , sebenarnya perkara yang abi nak bincangkan ni adalah berkaitan dengan masa depan fiz. Fiz.. fiz dan bersedia menjadi seorang suami?”Soalan ini agak mengejutkan hafiz namun dia telah menjangkakan bahawa soalan ini yang bakal abi dan umi lontarkan. Kerana ini sudah masuk kali ketiga umi dan abi bertanyakan soalan yang sama tapi jawapan yang diberikan kepada soalan yang ditanyakan tetap berbeza andai soalan yang lepas, jawapan kepada soalan yang abi lontarkan agak mengecewakan hati abi.


 Namun kali ini hafiz akan menyusun kata-kata dengan teliti supaya tidak melukakan dan tidak terlalu mengembirakan hati abi dan uminya.“ abi… umi… sebenarnya hafiz belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami kerana fiz ingin menjaga umi dan abi. Namun, sampai bila fiz tidak akan bersedia?.. umi..abi.. andai sememangnya umi dan abi ingin memberi hafiz merasai tanggungjawab yang dipikul, fiz bersedia….” Berhenti sebelum meneruskan lagi kata-katanya.“ fiz akan tetap menerima semua takdir yang Allah tentukan buat fiz. Kenapa abi?? Abi dah ada calon untuk fiz?” hafiz meletakkan perkara ini kepada kedua orang tuanya kerana dia tidak mahu perkara itu berulang lagi


Perkara apa?.. “ anta, ana tahu adik ana mempunyai harapan yang sama dengan anta. Tapi mungkin dia bukan untuk anta..”“kenapa nafis? Kenapa anta berkata begitu??”“ ana tahu perasaan adik ana kepada anta. Maafkan ana. Kerana lambat mengkhabarkan pada anta. Ana ingin menunggu pengakuan dari anta kerana ana tahu anta menyimpan perasaan pada adik ana. Ana ingin menunggu pengakuan dari anta. Tapi sudah lama ana menunggu dan tiada respon daripada anta. Ana membuat andaian bahawa anta tidak mahukan adik ana. Lantas, kami sekeluarga menerima pinangan seorang untuk solehah. Berat hatinya menerima kenyataan ini. Baru  semalam kami menerima pinangan itu dan pada hari ini anta melafazkan apa yang terpendam di hati anta.. maafkan ana”Peritnya menerima berita itu. Hati bagaikan tertusuk pisau. Sakitnya yang teramat. Tapi dia harus menerima takdir ini.“dia bukan jodohku..” hatinya berkata-kata“tak apalah nafis. Ana terima segala takdirnya..” hatinya sakit.. tapi tetap redha..Peristiwa inilah yang membuatkan hafiz menyerahkan soal jodoh kepada kedua orang tuanya.Dia tidak mahu merasakan apa yang pernah dirasakan. Dia serahkan semuanya pada Allah kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat dirinya.


“hafiz..cepatlah siap..kita nak pergi rumah dia dulu tapi hafiz kena duduk kat luar dulu tau..”pesan umi kepada hafiz“yela umi. fiz tau..” berdebar juga nak jumpa bakal isteri ni.. getus hatinya.Selesai sudah majlis pertunangan. Hasil perbincangan mereka sesama keluarga ingin mempercepatkan perkahwinan. Dua minggu dari sekarang. Kerana mereka telah banyak membuat persedian. Diikutkan hafiz tidak mahu membuat majlis pertunangan kerana mereka ingin mempercepatkan perkahwinan. Tapi uminya bersemangat untuk membuat majlis pertunangan. umi..umi.. semangatlah untuk anak kesayangan umi ini.


Seminggu sebelum melangsungkan perkahwinan. Hafiz mendapat mesej dari mardhiah. Mesej yang ringkas tetapi mendalam maksudnya."Hafiz, seandainya jodoh mentakdirkan kita bersama. Kita tetap akan bersama. Namun, seandainya jodoh bukan milik kita. Serahkan semua pada Allah kerana Dia maha mengetahui segalanya. Kita hanya hamba. Dari Dia kita datang kepada Dia kita akan pulang".- mardhiah


Hatinya risau. Entah kenapa rasa apa yang dibuat hari ini serba tidak kena kerana memikirkan kata-kata yang mardhiah hantar semalam.Deringan telefon rasa ingin cepat dicapai namun umi Berjaya mendahului“assalamualaikum..ya. mardhiah….? Ya allah… sabarlah menghadapi dugaaNya..”  sebak di dada dirasakan terlalu berat. Perlahan-lahan gangang telefon diletakkan. Puan radhiatul menguatkan diri untuk melafazkan kata-kata. Kerana ini benar-benar bakal menyentapkan hati anak kesayangannya itu.“umi… siapa yang call tadi? Kenapa dengan mardhiah umi?” soalan yang bertalu-talu tanpa jawapan.“fiz, sayang.. banyakkan sabar. Terima segala dugaanNya dengan redha ye sayang?.. fiz.. mardhiah sudah kembali menghadapNya..”Hafiz terduduk. Terase sesak di dada. Kepalanya pusing. Dunianya gelap. Gelap gelita..


“umi……dekat mana hafiz ni?” dikuatkan hati menutur bicara..“fiz..ada dekat hospital.. fiz pengsan semalam. Banyak sangat buat kerja tak sempat rehat..” ujar uminya.“umi.. betul ke?? Ataupun fiz bermimpi?”“fiz kena terima kenyataan sayang. Sabar dan redha..”“fiz redha umi.. fiz redha..” tanpa dia sedar air mata tertitis. Tertitis untuk cuba menguatkan diri menerima segala dugaan tuhan buat dirinya..


Lima bulan berlalu. Hafiz hanya focus kepada kerja, ibadat serta penawar hatinya umi dan abi. Dia hari ini telah menerima segala takdir tuhan buatnya..“ye..saya akan balik ke sekolah segera” bercakap tanpa melihat di hadapan , tanpa dia sedari dia akan terlanggar dengan seseorang..Prakkkkk!“ya allah..maafkan saya cik.. saya tak sengaja..”Cepat wanita itu mengutip barangnya tanpa menghiraukan kata-kata maaf hafiz itu
Sempat wanita itu memalingkan mukanya pada hafiz sambil tersenyum dan berlalu pergi dengan cepat.“aii..cepat betul dia.. eh. Ni kad dia dan coklat? “cudbury”?? Hurm.. nak cepat sangat.. barang da tertinggal..”Menilik kad kepunyaan wanita itu sambil mencari alamat di mana tempat kerja wanita itu.      “ Ainatul.. indah namanya…” aish2..macam-macam pulak aku fikir. Betulkan niat. Nak hantarkan barang dia je…. Dia pun cantik la.. secantik namanya. Dah jauh aku lari ni.. astagfirullah. “Cintanya pada agama yang penting!”..


Setibanya dia ditempat yang dicari. Dikuatkan kaki untuk melangkah menekan loceng.“cantiknya tempat ni…”getus hatinyaTing….ting…“assalamualaikum.. cik ainatul ada?”“waalaikumussalam..sebentar..”Terkejut melihat wanita berdiri di hadapannya mendukung seorang kanak-kanak yang comel dan membuat hatinya terkesima melihat wajah insan yang begitu berseri. Seperti nur iman yang menerangi..


“puan?? Puan tertinggal ni..”sambil menghulurkan kad dan coklat itu..“ya Allah.. menyusahkan encik sahaja.. sila masuk..”diajak masuk ke rumah yang indah itu. Dalamnya terhias nama-nama Allah dan kalamNya..“ ni rumah penjagaan kanak-kanak. Dimana ibu bapa yang tidak mahukan anak mereka, kami disini sedia menjaga. Terdapat juga disini anak-anak yatim.. kami mendidik anak-anak ini supaya mendahului Allah dalam semua perkara” terang ainatul kepada insan yang tidak diketahui nama itu.


“0o..puan ainatul bekerja kat sini dah lama??” Tanya hafiz kepada ainatul..“hehe.. saya belum berkahwin.. encik?”…… 


“hafiz” cepat hafiz menjawab


“saya hanya sukarelawan. Saya bekerja sebagai guru…” terang ainatul lagi 


“0oo. .saya pulang dulu cik ainatul.. assalamualaikum”.. jantungnya berdegup kencang, dia harus cepat berlalu


“sekiranya lapang datanglah kemari.. waalaikumussalam”


Di dalam kereta, fikirannya berputar mengingatkan peristiwa tadi. “ainatul.. sungguh..sifatmu menyentuh qalbuku…”“ Ya Allah… adakah dia jodohku? Sekiranya dia jodohku..kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku.. jika dia bukan milikku.. tabahkanlah hatiku dengan ketentuanmu…”Fikirannya jauh melayang. Hafiz kusyuk memikirkan masa lapangnya hendak kerumah penjangaan kanak-kanak itu…. “Ainatul………………..”