JellyPages.com

Tuesday 30 October 2012

memIKul Tnggujwb keTua keluarGa

semalam ibu dan abah masih disini...menemani hari-hari menuju dewasa...hari ini aku bangkit memegang amanah mereka yang ketika ini  sibuk beribadat di tanah suci..memegang amanah menjaga adik2 dan harta yang mereka tinggalkan..

Allah..sungguh berat rasanya memegang amanah ini..terkadang aku tetap jatuh dalam memegang amanah ini..terasa amat lemah.. tapi aku kuatkan kembali semangat.. kerana aku tahu dibelakangku ramai yang sudi berkongsi kisahku.. ramai yang ingin berkongsi semangat..dan aku tahu ramai yang mengambil berat tentangku..keluarga,sahabat dan kenalan rapat..yang aku pasti....

Allah tidak akan membebankan, kalau memang benar aku tidak sanggup memikulnya.. dan tanda ujian ini...adalah tanda kasihnya..bukankah  begitu?

banyak yang aku pelajari sepanjang ketiadaan abah dan ibu di sisi.. sangat banyak.. kesabaran adalah perkara yang paling penting.. melayan kerenah adik2 yang pelbagai membuatkan jiwa hampir hilang kesabaran..

adik nabil,adik bongsu yang mengalami kerinduan teramat.. dia mengalami perasaan kehilangan ibu abah yang amat sangat...Allah... saja yang tahu..bagaimana kakak ini melayan kerenahnye dek tidak mahu dia terlalu merasakan rindu..

dan pengalaman ini...aku akan terus abadikan dalam kehidupan untuk aku jadikan kekuatan di masa hadapan.. yang pasti...bukan mudah menjadi ibu dan abah dalam satu masa...

hrpn!*dapat menyiapkn asngmnt dan stdy dengan bek selepas seharian menunaikn tnggungjwb dlm keluarga,....kuat semngt!

Tuesday 16 October 2012

seBulan Lebih di Bumi uSim

Bismillahirahmanirahim.....

nukilan ini selepas sebulan lebih diri ini menjejakkan kaki di usim.. tak dapat aku nafikan..sangat banyak pengalaman yang ak perolehi walaupun berada di sini baru sebulan lebih.. disini aku belajar menyesuaikn diri dalam pergaulan. disini aku belajar untuk sentiasa kedepan.. disini aku belajar berdikari.. disini aku belajar memegang amanah.. disini aku belajar mengenali sifat insan.. disini aku  belajar agar lebih lebih dan lebih berdikari.. banyak yang aku belajar... dan banyak pengalaman yang aku dapat..

aku akan terus pada matlamat aku ke universiti.. untuk menjadi pelajar yang cemerlang..bukan hanya di dunia tapi di akhirat jua.. dan beradanya ak disini juga adalah untuk memantapkan dri di masa hadapan... moga perjuangan di alam ini...membuatkan aku menjadi seorang anak,isteri yang solehah..InsyaAllah...

perjuaganku baru bermula!! dan satu lagi harapan yang selama ini aku pendam.. graduatenye aku dari Usim ini...seiring dengan penghasilan karya penulisanku... Insyaallah...harapan yang telah lama ak pendam.. Moga menjadi kenyataan....




abah ibu...doakan anakmu!