semalam ibu dan abah masih disini...menemani hari-hari menuju dewasa...hari ini aku bangkit memegang amanah mereka yang ketika ini sibuk beribadat di tanah suci..memegang amanah menjaga adik2 dan harta yang mereka tinggalkan..
Allah..sungguh berat rasanya memegang amanah ini..terkadang aku tetap jatuh dalam memegang amanah ini..terasa amat lemah.. tapi aku kuatkan kembali semangat.. kerana aku tahu dibelakangku ramai yang sudi berkongsi kisahku.. ramai yang ingin berkongsi semangat..dan aku tahu ramai yang mengambil berat tentangku..keluarga,sahabat dan kenalan rapat..yang aku pasti....
Allah tidak akan membebankan, kalau memang benar aku tidak sanggup memikulnya.. dan tanda ujian ini...adalah tanda kasihnya..bukankah begitu?
banyak yang aku pelajari sepanjang ketiadaan abah dan ibu di sisi.. sangat banyak.. kesabaran adalah perkara yang paling penting.. melayan kerenah adik2 yang pelbagai membuatkan jiwa hampir hilang kesabaran..
adik nabil,adik bongsu yang mengalami kerinduan teramat.. dia mengalami perasaan kehilangan ibu abah yang amat sangat...Allah... saja yang tahu..bagaimana kakak ini melayan kerenahnye dek tidak mahu dia terlalu merasakan rindu..
dan pengalaman ini...aku akan terus abadikan dalam kehidupan untuk aku jadikan kekuatan di masa hadapan.. yang pasti...bukan mudah menjadi ibu dan abah dalam satu masa...
hrpn!*dapat menyiapkn asngmnt dan stdy dengan bek selepas seharian menunaikn tnggungjwb dlm keluarga,....kuat semngt!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment