JellyPages.com

Saturday, 16 June 2012

Ainatul...akhirnya..


Setahun berlalu..

Hafiz menjadi seorang yang matang dan kuat dalam menghadapi dugaan hidupnya. Kini dia selese bersendirian tanpa teman. Siapa yang kata bahawa hafiz tidak sepi? Dirinya cukup terase dengan kesepian untuk berteman tetapi kerana telah lama mencari hafiz pasrah dengan ketentuanNya.

“pasti ada yang ditetapkan olehNya untukku”getus hatinya. Tatkala dirinya terasa gelisah ketika tiba di majlis pernikahan sahabatnya itu. Gelisah kerana hatinya rasa seperti ada seseorang yang menanti dirinya.”ahh! kenapa dilayan gelisah yang tidak tentu ini?”gerutu hatinya.

“adakah dia telah kembali? Ahhh!!” hatinya terus gelisah tidak tentu

setahun yang lalu..

di lapangan terbang.. Ainatul rase berat untuk meninggalkan keluarga dan sahabat handainya. Tidak lupe kepada anak-anak kecil di rumah itu. Masih terbayang-bayang di fikiran Ainatul akan kemanjaan anak-anak itu dengannya.

Antara insan yang dia tidak lupakan adalah hafiz. Insan yang bertakta di hatinya sekarang. Mereka bakal mendirikan rumah tangga namun bukan sekarang kerana Ainatul telah mengambil keputusan untuk  menyambung pelajaran di luar Negara selama dua tahun. Setelah diselidik, pengajian dapat disingkatkan kepada setahun setengah sekiranya keputusan peperiksaan membanggakan.

Muhammad Al-hafiz membuat sedikit kejutan kepada tunangnya selepas memberitahu kepada ainatul ketidakdapat hadirannya di lapangan terbang. Kehadirannya ke lapangan terbang sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesedihan di hati Ainatul. Sebenarnya perkahwinan mereka bakal berlangsung beberapa bulan lagi,tetapi Ainatul mengambil keputusan untuk menangguhkan lagi. Ainatul masih memerlukan masa untuk memantapkan dirinya dalam persedian menuju alam perkahwinan. Disebabkan itulah Ainatul mengambil keputusan ke Ardu kinanah untuk menguatkan dirinya.

Melihat  Ainatul bergambar dan berpelukan bersama sahabatnya hati Hafiz terasa sayu kerana tidak dapat berjauhan dan takut akan kehilangan tunangannya itu setelah pernah melalui pengalaman itu setahun yang lalu. 

Sebenarnya hafiz sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami,tetapi hafiz harus menghormati keputusan Ainatul dalam keinginannya untuk menuntut ilmu di bumi mesir itu.

Tut..tut..(bunyi mesej diterima)

Hafiz- “setialah kepada yang mencintaimu”
Kemas Ainatul menyimpan kata-kata itu di lubuk hatinya. Dia bakal memengang kemas status  yang ada pada dirinya. Namun, Ainatul tidak lupa memberikan kata-kata kepada hafiz sebelum keberangkatan dia kesana.

Ainatul- “seandainya jodoh milik kita,kita pasti bertemu. Andai bukan milik kita,terimalah ia. Andai semasa keberangkatanku kesana dirimu ketemu insan yang sesuai untukmu. Lepaskanlahku dengan baik,dan daku bakal menerimanya dengan baik..Insyaallah,…”

Sedikit sebanyak kata-kata itu menguris hati Hafiz,namun ada benarnya mengapa perlu Ainatul lafazkannya . Apapun dia tidak akan lupa pada stastus dirinya kepada Ainatul. Dia akan terus setia menanti Ainatul pulang dari menyambung pelajarannya.

Melihat Ainatul melangkah meninggalkan bumi tanah air, hatinya sedih. Tidak tahu mengapa difikirkan bukan-bukan. Dia takut untuk kehilangan lagi. Cukuplah apa yang pernah terjadi pada dirinya suatu ketika dulu.
**********************************************************************************
Sekian lama menanti tanpa kata ,tanpa khabar berita, hatinya terasa sangat gementar. Gementar bagai penantiannya bakal berakhir.

Hafiz terus mencari bayangan insan itu setelah terasa kelibat insan itu melintas di situ.

“ya Allah, adakah benar dia sudah pulang? Ya Allah, jangan digelisahkan hati ini Ya Allah..” hatinya terus berd0a dan berbicara

Hafiz beristigfar panjang setelah dia mendapati dirinya sangat gelisah. Dia duduk diatas kerusi memerhati gelagat manusia yang sibuk berbicara,menanya khabar berita,dan sebagainya.

“sungguh ramai orang yang datang kenduri ni…”getus hatinya.

Dalam dia melihat gelagat manusia,dia tertangkap gaya pada seorang gadis yang dia rasa dia amat mengenali gadis itu. Tetapi wajahnya tidak dapat dilihat kerana terlindung di sebalik purdah yang terkatup kemas itu.

“ya Allah…diakah itu??”hatinya terus diselubungi perasaan ingin tahunya.

Tanpa dia melengahkan masanya,dia terus mencari sahabatnya. Mungkin dia kenal pada gadis yang berpurdah itu.

“Iqram!” suaranya sedikit meninggi

“ya. Kenapa ??” jawab sahabatnya itu

“aku nak Tanya sikit…”

“laaa.. Tanya la… kau ni..”

“kau kenal  tak perempuan yang berpurdah tu??” sambil menunjukkan pada gadis itu

“0owhh.. dia tuh? Kawan zaujah aku la. Dia baru balik dari mesir. Haaa! Berkenan ea?”

“ehh.. tak la.. rase macam kenal. Kau tahu taka pa nama dia??”

“tak tau la..nanti jap aku Tanya zaujah aku ea??”

Menanti  jawapan dari iqram yang baru sahaja berlalu bagaikan bertahun lamanya.

Hatinya kuat terasa bahawa perempuan itu ialah Ainatul.

Pakkk!!(sedikit tamparan di belakang)

“ehh! Sakit r..”

“abih tuh dari tadi aku panggil nama kau, kau tak dengar..malu aku orang tengok…”

“hihi…sori r..”

“termenung jauh sangat!”

“hah!siapa dia??”

“0owwhh…tak sabar ye..”usik sahabatnya..dia tahu apa yang dia katakan pada sahabatnya itu bakal 
mengejutkannya.

“Ainatul…….namanya…”

“ya Allah..” Hafiz terduduk.. akhirnya dia tahu kenapa hatinya tadi gelisah tak tentu. Dia terus berpaling dan mencari dimanakah insan yang dia nantikan itu?

“hey! Hafiz… dia dah balik dari tadi..”sahabatnya tahu apa yang hafiz sedang fikirkan. Dia dah lama menantikan kepulangan Ainatul..

Di rumah, lama hafiz bersujud memohon petunjuk dan kekuatan. Lama dia terfikir. Kenapa Ainatul pulang tanpa memberitahu sedikit pun padanya.

“pasti dia ada sebab yang tersendiri..”

“abi….umi… ada perkara yang fiz ingin cakapkan..”

“ye sayang…apa dia??” abi dan uminya dapat mengangak apa yang bakal dibicarakan

“Ainatul dah balik…”perlahan suaranya…

“ye….kami dah tahu..”abinya memulakan bicara

“kenapa tak beritahu pada hafiz??” hatinya sedikit sedih dengan apa yang diungkapkan abinya

“sebenarnya itu permintaan Ainatul.. kami hormatinya..”

“tapi….tak kan Ainatul balik tak da seorang pun yang nak beritahu pada fiz??” kecewa memenuhi hatinya. 
Dia terfikir, adakah dia insan yang tidak penting dalam hidup mereka? Macam-macam yang bermain dalam benak fikirannya.

“fiz…kami pasti Ainatul pasti ada sebabnya yang sendiri kenapa tidak mahu beritahu berita kepulangannya..”uminya berbicara setelah melihat kekecewaan terpampang di muka anak kesayangannya itu

Sepi…….

“aku terima nikahnya Ainatul Najihah Bt M0hd TAqiuddin dengan Mas khawin…………………………………………………….”

“sah??” Tanya t0k kadi pada saksi

“sah3..”

Alhamdulillah…d0a di amin tanda kesyukuran pada ilahi…

Senyum dari jauh buat insan tersayang. Sambil melemparkan senyuman kepada isterinya itu.

“Akhirnya,dia menjadi milikku..”getus hati hafiz..

“sayang….b0leh abang Tanya sesuatu??”

“boleh..apa abang?” tertembung mata di antara suaminya dan tertunduk matanya..kerana apa? Masih malu rupenya.

“kenapa sayang tak beritahu abang yang sayang dah lama balik Malaysia??”

“emmm…sebab nak buat surprice la untuk abg…”jawabnya manja.

“alaaa…sayang…serius laa…”ditarik hidung isterinya..

“emm…sebab apa erk? Entah…sebenarnya sayang malu nak berdepan dengan abang setelah sekian lama 
kita tidak ketemu…”

“malu?? Sayang tahu tak? Abang dah lama tunggu sayang tau…sedih sangat bila abang dapat tahu yang 
sayang dah lama balik tapi tak beritahu abang…”

“maaf la…sayang malu…sebab sayang takut ilmu yang sayang tuntut masih belum cukup untuk jadikan 
sayang seorang isteri yang solehah buat abang…”

“maafkan sayang abang….”

“ishhh….tuh ker sebab dia??0loh2…sweetnye isteri abang ni..”dicubit pula pipi isterinya..

“abang…sayang nak jadi isteri abang sampai syurga tau..”

“iya…abang akan terus d0akan cinta kita akan sampai syurga…”

“amin2….”

“sayang3…”

“ye…….”

Angin malam menghembus selembut bayu…dalam diam bahasenya…memuji Allah…dan dua insan ini terus bersatu di bawah cinta Ilahi…sekian

1 comment: